HEADLINES

Siapa ganti Rafizi rasmi sayap PKR? Tunggu nasihat Presiden: Fuziah

Keputusan akan dibuat secepat mungkin berikutan kongres yang akan berlangsung beberapa hari lagi, kata Fuziah

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengganti kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menolak undangan untuk merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanita pada Khamis ini akan dimaklumkan selepas mendapat nasihat serta pandangan Presiden parti.

Memaklumkan kepada Scoop, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya juga akan meminta pandangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR untuk melihat pengganti perasmi termasuk kalangan naib presiden.

Beliau berkata, keputusan akan dibuat secepat mungkin berikutan kongres yang akan berlangsung beberapa hari lagi.

“Saya akan minta nasihat daripada Presiden parti, selain turut meminta pandangan AMK dan Wanita untuk melihat siapa yang boleh merasmikan (jika Rafizi kekal dengan keputusan menolak undangan),” katanya hari ini.

Selain itu Fuziah berkata, bukan hanya beliau dan Presiden parti menerima surat Rafizi menolak undangan merasmikan Kongres Pemuda serta Wanita pada 22 Mei ini.

Beliau berkata, isu itu terlalu remeh untuk dijawab namun menegaskan dakwaan Rafizi itu tidak tepat.

“Tak benar ia hanya dihantar kepada presiden parti dan setiausaha agung,” katanya.

Terdahulu, Rafizi berpegang kepada pendiriannya untuk tidak menghadiri Kongres Pemuda dan Wanita PKR, yang secara tradisinya dirasmikan timbalan presiden atas alasan prinsip berbanding politik.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, keengganannya disebabkan pelanggaran protokol parti selepas pelancaran jentera pilihan raya PKR Sabah yang didakwa diumumkan tanpa perbincangan oleh Biro Politik PKR atau Majlis Pimpinan Pusat terlebih dahulu.

Timbalan Presiden PKR itu juga mendakwa surat sulitnya berkenaan perkara itu yang hanya ditujukan kepada Anwar dan Fuziah dibocorkan.

Salinan surat itu yang tular di media sosial mendedahkan Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek juga disenaraikan sebagai penerima. – 20 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Related