◉ HEADLINES

MCMC pastikan capaian internet stabil sepanjang LIMA’25: Fahmi

MCMC turut menempatkan pusat pemantauan komunikasi di lokasi penganjuran bagi memastikan tiada isu berkaitan capaian internet

8:01 AM MYT

 

LANGKAWI – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan capaian internet di lokasi berkaitan utama di sini sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), berada pada tahap yang baik, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pasukan MCMC telah diminta untuk berada di lokasi dan memantau sebarang isu berkaitan capaian internet, lapor Bernama.

“Kita jangkakan sepanjang berlangsungnya LIMA’25, ramai pengunjung yang akan hadir dan kita ingin pastikan pengalaman internet itu berada pada satu tahap yang lebih dari memuaskan. 

“Jadi saya difahamkan setakat ini tidak timbul apa-apa isu mengenai capaian internet. Malah syarikat-syarikat telekomunikasi juga telah membantu dengan memasang sama ada ‘booster’ ataupun beberapa peralatan untuk meningkatkan capaian internet di beberapa lokasi,” katanya kepada media selepas menghadiri program Jelajah Kempen Internet Selamat Zon Utara, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Anggota Suruhanjaya MCMC Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.

Tambah Fahmi, beliau sendiri akan melawat lokasi panganjuran LIMA’25 esok bagi melihat keadaan dan kemudahan internet di situ.

Beliau berkata MCMC juga telah meletakkan pusat pemantauan komunikasi di lokasi penganjuran bagi memastikan tiada isu berkaitan capaian internet sepanjang tempoh pameran itu berlangsung.

LIMA’25 yang merupakan edisi ke-17 akan berlangsung mulai esok hingga 24 Mei ini. – 20 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related