HEADLINES

Sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik di Malaysia menjelang 2025: Fadillah

Fadillah bagaimanapun mengakui terdapat cabaran semasa, khususnya permintaan yang tinggi terhadap pengecas arus terus (DC) berbanding pengecas arus ulang alik (AC)

8:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia menyasar untuk mengadakan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara menjelang akhir 2025. 

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Malaysia berhasrat untuk menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi EV, sambil memperkukuh keseluruhan rantaian nilai EV.

“Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menambah baik dan menaik taraf infrastruktur pengecasan di seluruh negara untuk merangsang jualan EV serta menarik pelabur berpotensi ke dalam segmen yang sedang berkembang pesat ini.

“Sasaran kita adalah untuk memiliki kira-kira 10,000 stesen pengecas di seluruh Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak, menjelang akhir tahun ini,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Thailand pada Khamis, lapor Bernama.

Aspirasi Pelaburan Nasional yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab utama rantaian bekalan global dengan menarik pelaburan berkualiti tinggi dan memperkasa keupayaan industri tempatan turut ditekankan Fadillah.

“Saya percaya Malaysia mempunyai potensi besar dalam segmen EV. Apabila jualan EV meningkat, lebih ramai pelabur akan tertarik untuk melabur dalam sektor ini,” katanya.

Fadillah bagaimanapun mengakui terdapat cabaran semasa, khususnya permintaan yang tinggi terhadap pengecas arus terus (DC) berbanding pengecas arus ulang alik (AC).

“Kami bekerjasama rapat dengan Petronas dan pihak industri lain untuk menangani isu ini. Kementerian kami memastikan kesalinghubungan pengecasan mencukupi, termasuk di lebuh raya, kawasan luar bandar dan seluruh Malaysia,” katanya.

Terdahulu, lebih 200 rakyat Malaysia termasuk usahawan, pemilik perniagaan dan pelajar menghadiri majlis makan malam anjuran Fadillah di sebuah hotel di daerah Bang Rak, Bangkok. – 23 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related