◉ HEADLINES

Malaysia cipta sejarah, Resolusi Kesihatan Paru-paru diterima pakai WHO: Dzulkefly

Menurut beliau, Malaysia turut menyuarakan iltizam terhadap kesaksamaan vaksin, kesiapsiagaan pandemik dan agenda One Health di peringkat serantau

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Resolusi Kesihatan Paru-paru yang dipacu negara telah diterima pakai secara rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva, Switzerland.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penerimaan resolusi itu merupakan pencapaian bersejarah dan kejayaan besar buat Malaysia dalam kepimpinan kesihatan global. 

“Alhamdulillah, misi rasmi ke Geneva sempena WHA78 telah selesai dengan penuh jayanya. Malam tadi saya telah kembali ke tanah air dengan semangat lebih menyala dan tekad yang lebih jitu,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata sepanjang berada di Geneva, beliau mewakili Malaysia menjadi tuan rumah ketika sesi sampingan WHA78 bagi memajukan kesihatan mulut dalam Liputan Kesihatan Sejagat (UHC).

Beliau berkata pelbagai pertemuan strategik telah diadakan bersama organisasi kesihatan antarabangsa seperti WHO, Gavi (the Vaccine Alliance), Rare Disease International (RDI), Kesatuan Kawalan Kanser Antarabangsa (UICC) dan Medicines Patent Pool (MPP).

Dzulkefly yang mengetuai delegasi Malaysia ke WHA78 di Geneva dari 18 hingga 22 Mei berkata pertemuan dua hala turut diadakan bersama rakan sejawatan atau wakil kesihatan dari Bangladesh, Mesir, Iran, Palestin, Brunei dan Norway bagi memperkukuh kerjasama kesihatan antara negara.

Menurut beliau, Malaysia juga menyuarakan iltizam terhadap kesaksamaan vaksin, kesiapsiagaan pandemik dan agenda One Health di peringkat serantau.

“Setiap langkah dan pertukaran di Geneva membawa satu mesej jelas – Malaysia bukan hanya mengikut arus kesihatan global, malah turut menerajui, memacu dan membentuk hala tuju bersama.

“Terima kasih kepada semua rakan kongsi strategik, petugas delegasi dan warga Kementerian Kesihatan yang bertungkus-lumus menjayakan misi ini,” katanya. – 24 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

PAS to propose new PN chairman after Muhyiddin stepped down, dismisses Pejuang rumours

PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man confirms several names will be discussed for the PN leadership, while refuting claims of Pejuang joining the coalition

◉ Related