HEADLINES

‘Pahit macam manapun, semua ada tanggungjawab pertahan idealisme parti’: Nurul Izzah

Nurul Izzah turut menyentuh keperluan untuk saling menerima semua ahli agar parti terus bergerak sebagai satu pasukan demi rakyat dan masa depan negara

4:45 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa seluruh kepimpinan dan anggota parti berlapang dada demi memastikan perjuangan reformasi terus diperjuangkan secara inklusif lagi berprinsip.

Nurul Izzah turut menyentuh keperluan untuk saling menerima semua ahli agar parti terus bergerak sebagai satu pasukan demi rakyat dan masa depan negara.

“Pahit macam mana sekalipun, kita kena berlapang dada. Yang menang kena pastikan mereka juga merangkul yang tidak menang.

“Kita semua ada tanggungjawab besar untuk pertahankan idealisme parti yang kini menjadi sebahagian kerajaan,” katanya dalam ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan 2025 hari ini.

Beliau turut merujuk pesanan daripada tokoh dunia seperti Umar Abdul Aziz, Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menekankan keperluan kepimpinan berteraskan prinsip, moral dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“Kita bukan lagi parti pembangkang, kita kerajaan. Maka tindakan kita harus mencerminkan nilai ketamadunan dan tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu bercakap kepada media selepas tamat kongres, Nurul Izzah menegaskan bahawa parti itu perlu melakukan reformasi dalaman yang serius bagi memastikan ia kekal relevan dan kukuh menghadapi cabaran masa hadapan sebagai sebahagian daripada kerajaan.

“Bagaimana kita lakukan reformasi dalaman dalam menyediakan parti supaya lebih kalis cabaran masa depan.

“Mahu tidak mahu cabaran sebagai sebuah kerajaan parti harus kekal utuh dan pertingkatkan kekuatan idealisme,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kekuatan sebenar sesebuah parti bukan sahaja terletak pada struktur pimpinan tertinggi, tetapi juga pada akar umbi dan petugas lapangan yang sering kali tidak diberi perhatian tetapi menjadi tonggak kejayaan sebenar.

“Kita mahu menjadi mata dan telinga akar umbi. Kita harus sentiasa saling mengingatkan dan berpegang pada prinsip fastabiqul khairat – berlumba-lumba dalam kebaikan,” katanya.

Nurul Izzah turut menggariskan keperluan untuk memperkukuh parti sebagai satu organisasi yang bersedia menghadapi pilihan raya, bukan sekadar bergantung kepada kekuatan individu.

“Menuju 24 bulan sebelum PRU, kita mahu garap sepenuhnya kuasa dan suara wanita dan anak muda. Kita mahu sekurang-kurang 40 peratus pencalonan diwakili wanita dan anak muda.

““Ini bukan soal kosmetik. Kita mahu memastikan penyertaan wanita dan belia bukan hanya pada jumlah, tetapi dalam pelaksanaan idea dan dasar. Kita mahu mereka jadi peneraju masa depan, bukan pelengkap semata-mata,” katanya. – 24 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related