HEADLINES

Senarai palsu, ‘tak perlu nak menangguk di air keruh’: Chang Lih Kang

Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan Kabinet untuk menjaga adab dan semangat demokrasi, kata Lih Kang

8:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belum reda berita peletakan jawatan dua menteri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, timbul pula senarai 11 Ahli Parlimen menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang yang turut tersenarai, menafikan dakwaan bahawa beliau bersama 10 lagi Ahli Parlimen dalam parti itu menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook malam tadi menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut.

“Rafizi (Ahli Parlimen Pandan) dan Nik Nazmi (Ahli Parlimen Setiawangsa) letak jawatan Kabinet untuk menjaga adab dan semangat demokrasi.

“Yang lain tak perlu nak menangguk di air keruh. Noktah,” kata Ahli Parlimen Tanjung Malim itu.

Lih Kang turut mengulas senarai 11 Ahli Parlimen daripada PKR, yang didakwa menarik sokongan kepada Anwar yang tular di media sosial, malam tadi.

Selain Rafizi, Nik Nazmi dan Lih Kang, turut tersenarai ialah Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing; Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Johor Bahru); Wong Chen (Subang); Zahir Hassan (Wangsa Maju); Lee Chean Chung (Petaling Jaya); Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang); Onn Abu Bakar (Batu Pahat) dan Datuk Seri Aminudin Harun (Port Dickson).

Semalam Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi yang tewas pada pemilihan peringkat pusat PKR baru-baru ini, mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan. – 29 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related