HEADLINES

Dibenar dapatkan penyata bank, tiba-tiba pendakwa dapat arahan bantah pula: Wan Saiful

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu tidak faham mengapa pendakwa begitu keras mahu menghalang dokumen ini daripada dikongsi dengan pihaknya jika tiada apa yang perlu disembunyikan

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan terkejut apabila Timbalan Pendakwaraya menerima arahan untuk merayu kebenaran memperoleh beberapa dokumen bukti ke Mahkamah Tinggi.

Wan Saiful berkata, mahkamah bersetuju bahawa dokumen yang dimintanya adalah relevan dan diperlukan untuk membantu kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.

“Tetapi dalam sesi tadi, Timbalan Pendakwaraya mengatakan bahawa dia mendapat arahan merayu ke Mahkamah Tinggi untuk membantah kebenaran yang hakim berikan.

“Maksudnya Timbalan Pendakwaraya mendapat arahan pihak atasan mereka untuk menghalang kami dari memeriksa set dokumen yang kami perlukan,” kata Wan Saiful dalam perkongsian di laman Facebooknya.

Tambah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, beliau masih tidak faham mengapa pendakwa begitu keras mahu menghalang dokumen ini daripada dikongsi dengan pihaknya.

“Jika tiada apa-apa yang mahu disembunyikan, sepatutnya amat mudah untuk pendakwa memenuhi permintaan kami. Tetapi nampaknya pendakwa begitu keras tidak mahu dokumen tersebut dibawa ke perbicaraan.

“Dokumen itu hanya penyata bank sahaja. Apa agaknya rekod bayaran atau penerimaan yang begitu sensitif dan tidak boleh dikongsi sehingga mereka sanggup bawa ke Mahkamah Tinggi?,” soalnya lagi.

Wan Saiful, 49, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.

Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan surat setuju terima bagi projek terbabit.

Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu, antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku, antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022. – 29 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Related