HEADLINES

Biro undang-undang Umno teliti akta lompat parti susulan Zafrul letak jawatan: Azalina

Ketua penerangan parti berkata langkah itu selari dengan kerangka perundangan sedia ada kerana pelantikan beliau sebagi menteri dibuat atas mandat parti

5:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biro undang-undang Umno sedang meneliti implikasi undang-undang termasuk dari sudut Akta Anti-Lompat Parti, khususnya berkaitan kedudukan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang memutuskan untuk keluar parti. 

Ketua Penerangan Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata tindakan itu penting bagi memastikan segala langkah susulan yang bakal diambil adalah selari dengan kerangka perundangan yang sedia ada. 

“Umno menghormati keputusan Tengku Zafrul yang tidak lagi bersama parti, namun menegaskan pelantikan beliau ke dalam Jemaah Menteri dibuat atas mandat parti, bukan secara peribadi. 

“Setiap menteri dalam Kerajaan Perpaduan dilantik mewakili parti masing-masing, walaupun Perdana Menteri mempengerusikan Majlis Perpaduan. 

“Umno tetap komited untuk terus memberi khidmat kepada negara dalam kerangka Kerajaan Perpaduan dan menunaikan amanah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan ahli dan penyokong parti supaya terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negara. 

“Politik individu boleh berubah, namun perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara perlu diteruskan,” katanya. 

Terdahulu, Tengku Zafrul enggan mengulas mengenai kedudukan dalam Kabinet berikutan tindakan keluar daripada Umno dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Zafrul juga menegaskan keputusannya meninggalkan Umno dan menyatakan hasrat menyertai PKR adalah atas kerelaan beliau sendiri dan bukan kerana tekanan luar. 

Semalam, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Zafrul  tidak terbabit dalam aku janji kerana beliau bukan wakil rakyat. 

Justeru, beliau yang juga Menteri Luar Negeri berkata, tidak timbul isu Tengku Zafrul dikenakan pampasan RM100 juta atas tindakannya keluar parti. – 1 Jun, 2025 

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related