HEADLINES

Kelewatan KTM Komuter, ETS susulan kerja naik taraf dijangka pulih hari ini

KTMB berkata, kerja migrasi sistem semboyan sedang dilaksanakan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen Salak Selatan untuk memastikan sistem semboyan lebih cekap, selamat dan mampu menyokong operasi tren penumpang yang semakin meningkat di Lembah Klang

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren KTM Komuter dan tren elektrik (ETS) di beberapa laluan mengalami kelewatan serius daripada jadual asal susulan pelaksanaan kerja migrasi sistem semboyan yang bermula 30 Mei hingga hari ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan semalam memaklumkan kerja itu melibatkan perkhidmatan KTM Komuter laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan Tanjung Malim-KL Sentral-Tanjung Malim serta perkhidmatan ETS.

“Kerja migrasi sistem semboyan sedang dilaksanakan di laluan antara Stesen Kepong sehingga Stesen Salak Selatan untuk memastikan sistem semboyan lebih cekap, selamat dan mampu menyokong operasi tren penumpang yang semakin meningkat di Lembah Klang,” menurut kenyataan itu.

Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha mewakili pengurusan KTMB memohon maaf kepada penumpang yang terkesan atas kelewatan sepanjang tempoh migrasi sistem berkenaan.

KTMB memaklumkan kerja itu dilaksanakan di bawah Projek Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur Landasan Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang (KVDT) Fasa 1, bermula 2015 melibatkan kerja membaik pulih landasan serta sistem perkeretapian dari Rawang ke Salak Selatan serta dari Simpang Batu ke Sentul melibatkan jarak 110 kilometer (km).

Skop projek KVDT Fasa 1 melibatkan kerja naik taraf formasi dan struktur landasan bertalian atas, penambahbaikan sistem persemboyanan dan komunikasi, sistem elektrifikasi dan naik taraf kemudahan di 16 stesen utama di sektor Lembah Klang.

Kesemua skop kerja bagi projek itu disiapkan pada April, kecuali bagi sistem persemboyanan.

KTMB juga memaklumkan projek KVDT Fasa 2 bermula pada Februari 2023 untuk jajaran sepanjang 140km meliputi kawasan dari Salak Selatan ke Seremban dan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, dengan jangkaan siap pada 2029.

Sejak projek baik pulih dan menaik taraf infrastruktur landasan kereta api berkembar itu bermula, jumlah perkhidmatan KTM Komuter dihadkan mengikut frekuensi selang masa 30 minit kerana hanya satu landasan dapat beroperasi di sektor landasan yang sedang dirombak dan dirawat.

“Kerja baik pulih ini penting demi memastikan keselamatan pengangkutan rel kerana selain faktor infrastruktur landasan yang telah lama, terdapat beberapa lokasi di jajaran landasan utama kerap mengalami banjir, sekali gus menimbulkan risiko kepada operasi tren,” menurut kenyataan itu.

Pelaksanaan projek itu juga dapat menampung kapasiti penggunaan lebih tinggi pada masa akan datang dengan lebih cekap dan efektif, manakala penambahbaikan sistem semboyan yang lebih moden dapat mengurangkan selang waktu perkhidmatan tren. – 3 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related