HEADLINES

Pembinaan Kota Madani: ‘Hentikan penjenamaan narsisistik’, kata Wan Saiful

Tegas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, wang kerajaan bukan milik individu pemimpin, apabila wang rakyat dibelanjakan, ia perlu mencerminkan pemilikan merentasi fahaman politik

9:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyeru Kerajaan Madani untuk tidak bersifat narsisistik dan menghentikan amalan menggunakan slogan pentadbiran sebagai nama inisiatif kerajaan.

“Berapa banyak wang rakyat terpaksa dibazirkan apabila slogan kerajaan berubah dan pelabelan itu juga diubah?”, soal Wan Saiful yang turut menggesa kerajaan untuk mencari nama lain bagi projek Kota Madani di Putrajaya

Jelas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, sebelum ini negara telah melihat pelbagai inisiatif dijenamakan dengan slogan kerajaan semasa.

“Datuk Seri Anwar dan semua pemimpin hari ini dan pemimpin akan datang jangan jadi narsisis. Sifat narsisistik pemimpin hanya akan merugikan wang rakyat kerana kos sebenar akan ditanggung oleh rakyat.

“Adalah lebih baik penjenamaan yang lestari dan nama yang tidak berubah walaupun pentadbiran bertukar digunakan untuk projek-projek diusahakan oleh kerajaan,” kata Wan Saiful dalam perkongsiannya di Facebook, hari ini.

Tambahnya, wang kerajaan bukan milik individu pemimpin. Ia adalah milik rakyat, sama ada yang menyokong atau tidak. Apabila wang rakyat dibelanjakan, ia perlu mencerminkan pemilikan merentasi fahaman politik.

“Saya tahu kerajaan akan guna skrip biasa mereka iaitu “perkara tu kerajaan dulu pun dah buat”. Sebagai jawapan awal, saya mahu katakan bahawa apa guna jadi pemimpin jika perkara salah amalan terdahulu mahu diteruskan?”, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di Facebook miliknya semalam berkata konsep Kota Madani menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.

Katanya antara kemudahan yang dirancang ialah sekolah menegak, institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta institusi kewangan.

Selain itu, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027. – 4 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related