HEADLINES

Permohonan rujuk lapan soalan Perlembagaan bukan usaha cari kekebalan peribadi: PM

''Proses undang-undang akan diteruskan, dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab saya tanpa gangguan atau kompromi,'' kata Perdana Menteri

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata permohonan beliau untuk merujuk lapan soalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan tidak pernah berkaitan dengan usaha untuk mencari kekebalan peribadi atau mengelak semakan undang-undang.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, ia adalah mengenai integriti sistem Perlembagaan negara dan keperluan untuk memastikan jawatan tinggi dalam kerajaan dilindungi daripada litigasi yang mungkin berlaku secara strategik, bermotifkan politik, atau mengganggu kestabilan institusi.

“Petang ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan saya untuk merujuk 8 soalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan di bawah Artikel 128(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tetap komited sepenuhnya kepada kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman dan maruah pemerintahan demokratik.

“Proses undang-undang akan diteruskan, dan saya akan terus melaksanakan tanggungjawab saya tanpa gangguan atau kompromi,’’ katanya menerusi kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan rujukan Perlembagaan di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak permohonan Anwar untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Rujukan persoalan undang-undang itu berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther, berhubung dakwaan serangan seksual yang didakwa berlaku tujuh tahun lalu.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi peruntukan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang mewajarkan ia dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar memfailkan permohonan itu pada 23 Mei lalu dan memohon agar Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tersebut merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan.

Mengenai dakwaan imuniti, Hakim Roz Mawar Rozain menegaskan Perkara 39, 40 dan 43 yang dirujuk oleh pihak defendan adalah peruntukan struktur berkaitan kuasa eksekutif dan bukan peruntukan yang memberi imuniti peribadi kepada seseorang Perdana Menteri.

“Tiada perlindungan secara jelas atau tersirat terhadap liabiliti sivil dalam Perlembagaan. Ketiadaan peruntukan imuniti perlu ditafsirkan sebagai prinsip kesaksamaan dalam pertanggungjawaban undang-undang.

“Perkara-perkara yang dirujuk oleh pasukan guaman defendan tidak beroperasi dalam konteks permohonan rujukan Perlembagaan ini,” katanya. – 4 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related