HEADLINES

Dua “Datuk” ditahan bantu siasatan kes tawar pakej haji percuma

Polis berkata, lelaki dan wanita berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan pada Selasa dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat semalam

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua individu dipercayai bergelar “Datuk” ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan tawaran pakej ibadah haji secara percuma oleh sebuah syarikat.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata lelaki dan wanita berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan pada Selasa dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kegiatan penipuan itu dikesan selepas pasukan petugas “Op Haji Terkandas” mendapati sekumpulan jemaah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sedang menunggu seorang individu bergelar “Datuk” itu, Isnin lepas.

Muhammed Hasbullah berkata individu berkenaan dikatakan akan menyerahkan visa yang membolehkan mereka berlepas ke Tanah Suci, namun visa yang dijanjikan tidak diperoleh.

“Susulan itu, seorang daripada mangsa membuat laporan polis mendakwa dia dan isteri telah menyerahkan pasport antarabangsa kepada dua individu yang menawarkan pakej haji secara percuma.

“Mangsa dijanjikan penerbangan ke Makkah pada 1 Jun 2025, namun setakat 3 Jun, tiada sebarang pengesahan penerbangan diterima daripada pihak syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penipuan itu dilakukan dengan mendakwa pakej haji percuma itu dikendalikan sebuah agensi pelancongan yang berdaftar sebagai pengelola jemaah haji (PJH) bagi tahun ini. 

“Setakat ini tujuh laporan polis diterima berkaitan penipuan tawaran haji oleh syarikat terbabit, namun tiada kerugian kewangan dilaporkan berikutan pakej haji itu ditawarkan secara percuma,” katanya. – 5 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related