◉ HEADLINES

Menara Ilham milik keluarga Daim disita sekali lagi

Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran untuk menyita Menara Ilham milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, di Jalan Binjai, di sini, sekali lagi.

Bangunan 60 tingkat itu pernah disita pada Disember 2023 di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.

SPRM dalam kenyataannya hari ini memberitahu, ia mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk berbuat demikian.

Jelasnya, sitaan itu dibuat berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bertarikh hari ini.

“Menerusi Notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) di mana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, bangunan Menara Ilham diperintahkan disita oleh Pegawai Penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi Notis ini merupakan suatu kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001.

Menara Ilham yang berketinggian 274 meter itu siap dibina pada 2015.

Ia menempatkan menempatkan hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan SPRM membekukan tujuh hartanah dan satu akaun bank bernilai 132 juta pound Britain (RM758.2 juta) milik isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan keluarga.

Tiga kediaman mewah dan dua bangunan komersial di London antara aset dibenarkan dibekukan.

Perintah itu diberikan Hakim Azhar Abdul Hamid selepas membenarkan permohonan dikemukakan pada prosiding secara ex-parte.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan harta tersebut dilupuskan. – 5 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related