HEADLINES

Pelaksanaan e-Invois ditangguh bagi pendapatan bawah RM5 juta: LHDN

LHDN turut memaklumkan pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Jan 2026, manakala kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai 2026

10:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Dalam kenyataan hari ini, LHDN turut memaklumkan pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Jan 2026, manakala kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai 2026.

Menurut LHDN, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil maklum komitmen pembayar cukai, khususnya peniaga kategori perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan masa bersedia selain berdepan pelbagai cabaran pelaksanaan.

Selaras dengan keputusan itu, fasa ketiga pelaksanaan akan bermula 1 Julai ini, melibatkan pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM5 juta hingga RM25 juta.

Fasa keempat dan kelima masing-masing membabitkan pendapatan melebihi RM1 juta hingga RM5 juta (bermula 1 Jan 2026), serta sehingga RM1 juta (bermula 1 Julai 2026).

Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diumumkan sebelum ini turut diguna pakai dalam fasa baharu ini, membolehkan pembayar cukai mengeluarkan e-Invois secara disatukan bagi semua transaksi termasuk bil kendiri.

. Selain itu, sebarang maklumat boleh dimasukkan di medan “Keterangan Produk atau Perkhidmatan”.

“Penjual juga dibenarkan mengeluarkan e-Invois disatukan sekiranya terdapat permintaan daripada pembeli, tanpa perlu mengeluarkan invois berasingan bagi setiap transaksi,” jelas kenyataan itu.

LHDN turut memaklumkan bahawa tiada tindakan pendakwaan akan diambil mengikut Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 sepanjang tempoh kelonggaran dengan syarat pembayar cukai mematuhi keperluan e-Invois yang disatukan.

Bagaimanapun, bermula 1 Jan 2026, semua pembayar cukai yang terlibat wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi melebihi RM10,000 dan tidak lagi dibenarkan menggunakan invois disatukan.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Meja Bantuan e-Invois LHDN di talian 03-8682 8000, melalui MyInvois Live Chat, e-mel ke [email protected] atau mengisi Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan https://feedback.myinvois.hasil.gov.my. – 5 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related