◉ HEADLINES

Pelajar Malaysia di Universiti Harvard boleh teruskan pengajian buat masa ini: KPT

KPT turut mengingatkan pelajar untuk sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan Latihan Praktikal Pilihan (OPT) dan berhati-hati dalam setiap tindakan melibatkan urusan imigresen

8:13 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Pelajar Malaysia di Universiti Harvard boleh meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan status visa buat masa ini, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan perkembangan terbaharu Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan untuk mengekalkan Perintah Tahanan Sementara (TRO) yang difailkan oleh Universiti Harvard, sekali gus memberikan kelegaan kepada lebih 6,800 pelajar antarabangsa di universiti berkenaan.

Menurut kenyataan itu, KPT memantau rapat perkembangan isu berkenaan melalui Pejabat Education Malaysia Washington D.C. (EMWDC).

“Keputusan ini membolehkan pelajar antarabangsa termasuk pelajar Malaysia meneruskan pengajian mereka tanpa gangguan kepada status visa buat masa ini.

“KPT dan Pejabat EMWDC juga telah berhubung dengan pihak penaja yang berkaitan serta pihak berkuasa pendidikan AS. KPT juga menyambut baik komitmen mereka untuk bekerjasama memastikan kebajikan pelajar Malaysia sentiasa terpelihara,” menurut kementerian itu.

KPT turut mengingatkan pelajar untuk sentiasa mengemas kini maklumat berkaitan Latihan Praktikal Pilihan (OPT) mereka serta berhati-hati dalam setiap tindakan yang melibatkan urusan imigresen.

“Buat masa ini tiada pelajar Malaysia mengalami masalah atau isu berkaitan rekod Sistem Pelajar dan Pertukaran Pelawat (SEVIS) serta penarikan semula visa mereka,” menurut kenyataan itu.

Bagi pelajar baharu yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Harvard bagi kemasukan September 2025, KPT menyarankan mereka berhubung secara langsung dengan pihak universiti dan penaja masing-masing untuk mendapatkan perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

“Malaysia percaya bahawa pendidikan tinggi merentas sempadan adalah landasan penting kepada pembangunan bakat global, pertukaran ilmu dan kerjasama strategik antara negara.

“KPT menyeru agar semua pihak kekal tenang, bertindak berdasarkan maklumat sahih dan memberi keutamaan kepada kepentingan pelajar dalam menghadapi isu itu. Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, KPT akan terus menyokong pelajar Malaysia di luar negara dalam apa jua keadaan,” menurut kementerian itu. – 8 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related