HEADLINES

Nahas bas Gerik: Jenazah dibawa ke HRPB, Hospital Gerik untuk bedah siasat, kata Zambry

Menteri Pendidikan Tinggi berkata, dua lagi jenazah akan dibedah siasat di Hospital Gerik, manakala mangsa yang tercedera sedang mendapatkan rawatan di hospital sama

11:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga belas jenazah mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan bas sewa khas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal pagi tadi, dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, untuk bedah siasat. 

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata dua lagi jenazah akan dibedah siasat di Hospital Gerik, manakala mangsa yang tercedera dalam kemalangan berkenaan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama. 

Beliau berkata pihaknya juga sedang menyelaras bantuan penginapan untuk keluarga mangsa bersama Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Kolej Komuniti Gerik. 

“Saya dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk bertemu dengan keluarga mangsa. Saya mohon sama-sama kita doakan segala urusan mangsa dipermudahkan dan kepada semua keluarga yang terlibat, semoga diberi kekuatan dan ketabahan. 

“Insya-Allah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UPSI sendiri telah menggerakkan apa jua bentuk bantuan untuk diberikan kepada semua yang terlibat. UPSI telah tubuhkan bilik gerakan berserta hotline,” katanya dalam perkongsian di media sosial beliau. 

Dalam hantaran yang sama beliau turut mengesahkan 15 warga UPSI meninggal dunia dalam kemalangan awal pagi tadi, setakat ini.

Terdahulu Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak berkata sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan yang melibatkan 48 mangsa.

Difahamkan, bas persiaran berkenaan telah disewa secara persendirian oleh pelajar sempena cuti Hari Raya Aidiladha. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI Prof Dr Norkhalid Salimin ketika dihubungi berkata kemalangan itu melibatkan 42 pelajar universiti berkenaan yang dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu pulang ke kampus di Tanjung Malim menaiki bas sewa selepas cuti perayaan Aidiladha. – 9 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related