◉ HEADLINES

Nahas bas Gerik: Siasatan awal dapati bas terlanggar belakang Alza, kata polis

Ketua Polis Perak berkata bas berkenaan membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan, berusia antara 21 hingga 23 tahun, kesemuanya dari Pantai Timur

1:04 PM MYT

 

GERIK – Sebuah bas persiaran sewa khas yang hilang kawalan dipercayai menjadi punca nahas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli–Gerik, pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang membawa 42 pelajar itu sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan terbalik.

Beliau berkata bas berkenaan membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan, berusia antara 21 hingga 23 tahun, kesemuanya dari Pantai Timur.

Menurut Noor Hisam bas yang didaftarkan di Kedah itu, disewa khas oleh kesemua pelajar terbabit dan bertolak dari Jertih, Terengganu pada jam 9 malam tadi untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.

“Kemalangan ini telah menyebabkan 15 kematian dan kesemua jenazah masih menunggu proses bedah siasat. Sebanyak 13 jenazah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun, manakala dua jenazah lagi di Hospital Gerik.

“Seramai 27 lagi pelajar iaitu 23 perempuan dan empat lelaki turut mengalami kecederaan. Pemandu bas itu yang berusia 40 tahun dan pembantunya berusia 44 tahun juga cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Jelasnya lagi, MPV yang terbabit dalam kemalangan ini dinaiki sepasang suami isteri bersama dua anak mereka berusia enam dan tiga tahun, dalam perjalanan pulang ke Baling, Kedah.

Pasangan suami isteri bersama dua anak mereka itu kini dirawat di Hospital Baling, Kedah. – 9 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related