HEADLINES

Nahas bas Gerik: Identiti 15 pelajar UPSI maut dikenal pasti

Senarai pelajar yang maut disahkan oleh pihak pengurusan UPSI

10:29 AM MYT

 

IPOH – Identiti 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi semalam dikenal pasti.

Mereka adalah empat pelajar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) iaitu Nurul Izyanti Muhamad Azahar, Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, Muhammad Adib Hazim Halim dan Nurul Fatihah Abu Setaman.

Nahas turut mengorbankan tiga pelajar Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) iaitu Nur Ainul Qistina Mat Ali, Nur Dalila Farhana Mohamad Isma dan Nurly Sahirah Azman.

Turut terkorban, dua pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) iaitu Sufea Adela Maslihaizan dan Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir serta dua lagi pelajar Fakulti Sains Matematik (FSMT) iaitu Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian dan Fatin Nasrien Fadli.

Selain itu, turut terkorban ialah Muhammad Mustaqim Rosde (Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSLIK); Nor Ayuni Maslan daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV); Anis Soffiyya Md Zaidi (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ) dan Fakhrul Arif Rosdi dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPEK).

Senarai tersebut disahkan oleh pihak pengurusan UPSI.

Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila bas sewa khas dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Nahas itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas, selain pemandu serta tiga penumpang kenderaan pelbagai guna MPV jenis Perodua Alza. – 10 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related