HEADLINES

13 pelajar UMPSA terselamat dalam kemalangan bas-treler di Maran

Ketua Polis Daerah Maran berkata insiden berlaku ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur menghala ke Terminal Sentral Kuantan

5:02 PM MYT

 

KUANTAN – Seramai 28 penumpang termasuk 13 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terselamat selepas bas yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), arah timur tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Maran, Wong Kim Wai berkata kejadian kira-kira 1 tengah malam itu berlaku ketika bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur menghala ke Terminal Sentral Kuantan. 

“Ketika sedang bergerak di lorong kiri, bas terbabit dipercayai terlanggar belakang treler berkenaan yang sedang bergerak dari arah sama.

“Bagaimanapun, kesemua 28 penumpang, masing-masing seorang pemandu bas dan treler serta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata penumpang bas berkenaan telah dipindahkan ke bas lain untuk ke Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sementara itu, Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias menerusi kenyataan media mengesahkan menerima laporan sebanyak 13 pelajar universiti berkenaan yang menaiki bas awam terlibat dalam kemalangan. 

Beliau berkata kesemua pelajar selamat tiba di kampus UMPSA Gambang di sini dengan menaiki bas ganti sekitar 4 pagi tadi. 

“Dengan bantuan Majlis Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), pelajar yang tiba di Masjid UMPSA Gambang disantuni serta diberikan bantuan dan sokongan segera seperti menyediakan makanan, sokongan emosi dan tempat kediaman sementara bagi tujuh orang pelajar kampus Pekan,” katanya. 

Selain itu, pihak UMPSA juga menyediakan pek bantuan yang mengandungi makanan dan lain-lain keperluan segera kepada pelajar. 

“UMPSA sentiasa mengambil serius tentang keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan mengingatkan pelajar agar sentiasa mengutamakan keselamatan walaupun di mana mereka berada,” katanya. – 10 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related