HEADLINES

Halaman pedofilia di media sosial perlu ditangani segera: Fadhlina

Fadhlina berkata semua institusi pendidikan di bawah kementerian dikehendaki mematuhi garis panduan yang sedang diguna pakai bagi menangani isu gangguan seksual

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Halaman tidak bermoral dan mengandungi kandungan pedofilia yang memaparkan murid sekolah di media sosial mesti dilaporkan segera dengan tindakan mesti diambil, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, kementerian memandang serius laporan media baru-baru ini mengenai kewujudan laman-laman seperti itu yang dikaitkan dengan pedofilia dan melibatkan murid sekolah.

“Kewujudan halaman media sosial yang memaparkan kandungan lucah dan tidak bermoral perlu dibendung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Selasa, satu kumpulan Facebook dikesan menyebarkan gambar-gambar pelajar bawah umur bersama komen berunsur lucah dan seksual.

Kumpulan tersebut yang dinamakan “Grup Budak-Budak Sekolah Rendah” mempunyai kira-kira 12,000 ahli dan akaun berkenaan telah pun dipadamkan daripada Facebook.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata semua institusi pendidikan di bawah kementerian dikehendaki mematuhi garis panduan yang sedang diguna pakai bagi menangani isu gangguan seksual.

“Khidmat sokongan psikososial juga perlu terus diperkukuhkan untuk memberi sokongan kepada murid,” tambah beliau.

Fadhlina turut menggesa ibu bapa agar memainkan peranan proaktif di rumah dengan mendidik serta melindungi anak-anak mereka daripada ancaman gangguan seksual.

“Mereka juga bertanggungjawab memastikan maruah anak-anak dipelihara,” katanya.

Dalam kenyataan berkaitan, Fadhlina menjelaskan tempoh masa pengajaran bagi modul Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan ditambah dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

“Modul berkenaan yang dilancarkan November lepas antara lain bertujuan meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya murid, guru dan ibu bapa.,’’ katanya, – 13 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related