HEADLINES

Wan Saiful tamatkan zaman duda

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengadakan majlis kecil-kecilan yang hanya dihadiri rakan terdekat di Kajang

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakhiri zaman dudanya bersama wanita pilihan, Nurul Maslina Mohd Sobri, semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook miliknya, Wan Saiful menyatakan majlis pernikahan dan persandingan yang diadakan di Kajang itu dibuat secara kecil-kecilan serta hanya dihadiri rakan karib.

“Alhamdulillah hari ini disempurnakan majlis perkahwinan saya dengan Maslina Sobri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa hadir ke jamuan kesyukuran ringkas yang diadakan pada petang ini.

“Saya juga mohon maaf kepada ramai lagi rakan-rakan yang tak dapat dijemput. Saya hanya adakan jamuan kecil sebagai tanda kesyukuran sahaja.

“Doakan semoga kami sentiasa dalam keberkatan dan petunjuk-Nya,” katanya menerusi muat naik berkenaan.

Beliau sebelum ini berkahwin dengan Datin Alena Omar namun isterinya meninggal dunia pada 22 Julai tahun lalu akibat barah.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tidak ketinggalan menghadiri majlis berkenaan ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. – 15 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related