HEADLINES

Penyanyi Naim Daniel mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual ke atas remaja

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, pada Mei lalu.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Datin M.Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, Naim, didakwa mengaku amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Sebutan kes itu ditetapkan pada 18 Ogos.

Pada 4 Jun lalu, media melaporkan bahawa seorang pelakon dan penyanyi terkenal telah ditahan oleh polis atas dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor. – 17 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related