HEADLINES

Premium insurans : 4 lagi prosiding, PAC akan jumpa CEO syarikat insurans, Gabenor Bank Negara

Sebanyak 18 prosiding dan dua pendengaran awam berkaitan isu itu sudah diadakan dan ia adalah siasatan paling panjang serta terperinci setakat ini

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan empat lagi prosiding pada minggu ini membabitkan isu peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam.

Ahli PAC, Sim Tze Tzin berkata, sebanyak 18 prosiding dan dua pendengaran awam berkaitan isu itu sudah diadakan dan ia adalah siasatan paling panjang serta terperinci setakat ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, PAC juga akan bertemu semula Ketua Pegawai Eksekutif syarikat insurans dan Gabenor Bank Negara minggu ini berhubung isu terbabit.

“Semalam, kami (PAC) bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif hospital swasta dari KPJ Healthcare Bhd (KPJ), IHH Healthcare Bhd dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM).

“Ini adalah kali kedua kami bertemu mereka, kami juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) utama, iaitu PMCare dan CompuMed. Setiap pertemuan berlangsung hampir tiga jam,” katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.

Selain itu Tze Tzin berkata, sambil menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, beliau gembira melihat kerajaan juga menjalankan tugas mereka dalam mereformasi sektor ini.

“Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan swasta.

“Ini semestinya berita baik buat pekerja syarikat, golongan M40 dan ramai dalam kalangan B40 yang membeli insurans sebagai perlindungan diri,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan beban yang ditanggung dan memastikan rakyat terus mendapat akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti yang kekal mampu milik.

Pada Disember tahun lalu, beberapa pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen mendesak Bank Negara menyiasat dan mengkaji semula syarikat-syarikat insurans yang telah mengeluarkan notis kenaikan premium insurans antara 40% hingga 70% mulai 2025.- 18 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related