HEADLINES

Titah Adendum: Najib dibenar hadir prosiding rayuan wujud dokumen tambahan

Permohonan itu dikemukakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan tidak dibantah oleh Peguam Persekutuan Ainna Sherina Saipolamin yang mewakili Peguam Negara

7:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri prosiding pendengaran rayuan yang difailkan oleh Peguam Negara berhubung dakwaan kewujudan dokumen tambahan yang didakwa membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah, membenarkan permohonan tersebut serta mengeluarkan Perintah Mengemukakan Tahanan (Order to Produce) bagi membolehkan kehadiran Najib pada prosiding pendengaran yang dijadualkan berlangsung pada Julai ini.

Permohonan itu dikemukakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan tidak dibantah oleh Peguam Persekutuan Ainna Sherina Saipolamin yang mewakili Peguam Negara.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini menetapkan 1 dan 2 Julai bagi mendengar rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan dokumen berkenaan.

Pada 6 Jan lepas, melalui keputusan majoriti 2-1, Mahkamah Rayuan telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang dikatakan membenarkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, ke Mahkamah Tinggi untuk didengar berdasarkan merit kes.

Keputusan ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi terdahulu, yang telah menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berkaitan dokumen tambahan yang didakwa tersebut.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada Februari tahun lalu, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara terhadap Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala dendanya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 18 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related