HEADLINES

Perang Iran-Israel: Rakyat Malaysia dibawa keluar melalui Ashgabat

Seramai 19 orang akan menuju ke bandar raya Ashgabat termasuk seorang pemastautin tetap (PR) Malaysia, dua pasangan warga Iran dan seorang warga Singapura, kata Mohamad Hasan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar sedang dalam misi memindahkan rakyat Malaysia, termasuk kakitangan kedutaan keluar dari Iran, melalui jalan darat ke timur laut Tehran menuju sempadan negara itu dengan Turkmenistan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata dari sempadan kedua-dua negara itu, seramai 19 orang akan menuju ke bandar raya Ashgabat.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk seorang pemastautin tetap (PR) Malaysia, dua pasangan warga Iran dan seorang warga Singapura.

“Empat pelajar memutuskan untuk kekal berada di Iran dan tidak menyertai misi pemindahan yang sedang diusahakan itu.

“Tiga daripada mereka kini berada di Qom, manakala seorang lagi di Isfahan. Kita juga akan mendapatkan Surat Akuan Pelepasan (Indemnity Letter) daripada setiap individu yang enggan dipindahkan,” katanya, lapor BH.

Mohamad berkata, setakat semalam, jumlah rakyat Malaysia di Iran yang berdaftar dengan kedutaan adalah seramai 20 orang, termasuk sembilan petugas Home-Based Staff (HBS) dan ahli keluarga masing-masing.

Semalam, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beberapa persiapan sedang diusahakan kerajaan untuk membawa keluar rakyat Malaysia dengan selamat.

“Segala persiapan visa telah dimuktamadkan, Insha-Allah mereka akan melakukan perjalanan keluar dalam tempoh sehari dua ini, dijangka pada 20 Jun (Jumaat),” katanya.

Sebelum itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, semua rakyat Malaysia yang menetap di Iran dinasihatkan meninggalkan negara berkenaan serta-merta melalui apa-apa kaedah selamat dan tersedia.

Nasihat itu dikeluarkan Kementerian Luar yang memantau perkembangan keselamatan di Iran melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran.

“Memandangkan keadaan yang semakin meruncing, semua rakyat Malaysia yang berada di Iran adalah dinasihatkan meninggalkan negara tersebut dengan serta-merta melalui apa jua kaedah selamat dan tersedia.

“Situasi semasa adalah sangat tidak menentu dan berpotensi menjadi lebih buruk tanpa sebarang amaran awal,” katanya.

Krisis Iran-Israel semakin meruncing apabila kedua-dua pihak menggandakan serangan.

Israel memberi alasan mahu memusnahkan kemudahan pembinaan senjata nuklear Iran. – 19 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related