HEADLINES

Skim insuran kesihatan guna Akaun 2 KWSP sukarela, bukan wajib: Dzulkefly

Hanya sekitar 1% daripada Akaun Dua KWSP digunakan untuk bayar insurans, kata Menteri Kesihatan

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Skim insurans kesihatan yang sedang dipertimbangkan kerajaan melalui Akaun Dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bersifat sukarela dan bukan wajib, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pendekatan itu dicadangkan bagi memberi pilihan kepada pencarum yang mungkin inginkan pelan perlindungan insurans lebih meluas kerana ketika ini 32 peratus kos penjagaan kesihatan dibayar sendiri oleh pesakit tanpa perlindungan insurans.

“Dengan pendekatan ini, kerajaan berhasrat memperluas akses kepada penjagaan kesihatan swasta yang lebih cepat dan berkualiti tanpa menambah beban kewangan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata cadangan itu juga mengambil inspirasi daripada model negara seperti Singapura, yang mengutamakan akses insurans untuk majoriti rakyat.

“Hanya sekitar 1% daripada Akaun Dua KWSP digunakan untuk bayar insurans. Ini cara yang paling baik,” katanya.

Semalam Dzulkefly dilaporkan berkata kerajaan mempertimbang untuk membenarkan rakyat menggunakan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai premium bulanan insuran kesihatan.

Katanya, pilihan wajar diberi kerana terdapat ahli yang mungkin mahukan perlindungan insuran lebih meluas di pasaran.

Skim baharu ini juga berbeza dengan inisiatif i-Lindung yang sedang dilaksana bersama KWSP yang mana perlindungan di bawah skim itu hanya untuk keilatan, penyakit kritikal dan perlindungan hayat.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga bakal memperkenal inisiatif rakan KKM seawal suku ketiga tahun ini. – 20 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related