HEADLINES

‘Najib sudah lama minta DNAA, sangat gembira memperolehnya…’: Shafee

Sekarang Najib boleh menumpukan perhatian kepada kes 1MDB, kata peguam bekas Perdana Menteri itu

4:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa gembira selepas Mahkamah Tinggi, melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta dikaitkan dengan SRC International Bhd di sini, hari ini.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan perkara itu kepada media pada sidang media selepas prosiding mahkamah hari ini.

Muhammad Shafee berkata, bekas Perdana Menteri itu gembira dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, yang mengeluarkan perintah DNAA hari ini selepas menimbang perbicaraan kes pengubahan wang haram SRC dihadapi Najib masih belum bermula sehingga kini.

“Najib sudah lama meminta DNAA untuk kes itu dan dia sangat gembira memperolehnya hari ini.

“Sekarang, tidak terlalu banyak kes yang perlu dihadapinya. Dia boleh menumpukan perhatian kepada kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekarang,” katanya, lapor BH.

Hakim Mahkamah Tinggi hari ini membuat keputusan membenarkan permohonan Najib, 72, supaya bekas Ahli Parlimen Pekan itu dilepas tanpa dibebaskan, dengan mengambil kira faktor garis masa yang tidak pasti bila perbicaraan kes itu akan bermula selepas pertuduhan dibuat pada 2019.

Muniandy berkata, ia menyebabkan penantian panjang untuk perbicaraan yang menjadi beban berlarutan kepada Najib, sekali gus menafikan hak beliau mendapatkan penyelesaian sewajarnya dan tepat pada masanya.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata, Najib tetap kembali ke penjara kerana masih menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram pada Julai 2020 membabitkan dana SRC bernilai RM42 juta.

“Untuk kes ini, Najib dibebaskan, tetapi kerana dia sedang menjalani hukuman penjara, dia perlu kembali ke penjara,” katanya.

Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.

Pada 2 Sept 2022, beliau telah memfailkan petisyen pengampunan diraja, dan pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. – 20 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related