HEADLINES

23.6 juta pengguna di Semenanjung bakal nikmati kadar tarif elektrik lebih adil mulai 1 Julai

5:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia bakal menikmati kadar tarif elektrik lebih adil melalui pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini sehingga 31 Disember 2027.

Suruhanjaya Tenaga (ST) menerusi satu kenyataan memberitahu, penetapan tarif itu dibuat mengikut kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) melibatkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.

“Penyelarasan Kadar Purata Tarif Asas diselaraskan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik bagi tempoh RP4 dan ditetapkan pada kadar 45.40 sen/kWj berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024,’’ katanya.

ST berkata, berdasarkan pelarasan itu, purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan sehingga 19 peratus berbanding Tempoh Regulatori Ketiga (RP3). – 20 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related