â—‰ HEADLINES

MCMC tawar biasiswa, asah bakat muda bidang komunikasi dan multimedia

Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE dirangka bagi membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia (C&M)

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan dua program biasiswa — Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE — yang dirangka bagi membentuk bakat masa depan dalam sektor komunikasi dan multimedia (C&M) yang semakin berkembang pesat di Malaysia.

Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan kali pertama MCMC menawarkan biasiswa — satu inisiatif yang mencerminkan komitmen jangka panjang dalam membangunkan barisan bakat berkemahiran tinggi dan demi memajukan sektor komunikasi dan multimedia negara.

Kedua-dua biasiswa ini menyediakan pembiayaan penuh serta pendedahan industri secara berstruktur bagi melengkapkan bakat muda Malaysia dengan kemahiran dalam bidang pengajian seperti telekomunikasi, media, dasar pengawalseliaan, keselamatan siber dan Internet of Things (IoT).

Biasiswa MCMC LEGASI (Leaders of the Next-Generation Scholarship) merupakan biasiswa berasaskan merit yang ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan komunikasi dan multimedia di universiti terkemuka sama ada dalam atau luar negara.

Selain pembiayaan penuh bagi yuran pengajian dan kos sara hidup, program ini turut menawarkan penempatan latihan industri serta jaminan pekerjaan di MCMC.

Penerima biasiswa akan didedahkan kepada bidang seperti pembangunan peraturan, infrastruktur digital, inovasi dasar, dan keselamatan rangkaian. Mereka juga akan menerima latihan dan pensijilan dalam pelbagai kemahiran bagi memastikan mereka bersedia untuk memimpin sektor ini selepas tamat pengajian.

Sementara itu, MCMC CARE adalah biasiswa berasaskan keperluan yang bertujuan membantu pelajar berpotensi tinggi daripada komuniti yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan.

Selain bantuan kewangan penuh, para penerima biasiswa juga akan mendapat peluang menjalani latihan industri di MCMC.

Permohonan bagi kedua-dua program biasiswa ini akan dibuka hari ini, 24 Jun
2025 hingga 24 Julai 2025. Sebarang makluman terkini akan dikongsikan menerusi
platform media sosial rasmi MCMC manakala penerima biasiswa yang berjaya akan dihubungi pada Ogos 2025.

Biasiswa ini menunjukkan komitmen MCMC untuk melahirkan bakat muda yang dapat menyokong kemajuan digital negara.

Melalui peluang berdasarkan merit dan keperluan, MCMC membantu golongan belia berkembang, menyumbang secara bermakna, dan membina masa depan dalam bidang komunikasi dan multimedia. – 24 Jun, 2025

Topics

 

â—‰ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

â—‰ Related