HEADLINES

Laporan siasatan letupan saluran gas Putra Heights dibentangkan Isnin ini: MB Selangor

Laporan mengenai kebakaran itu telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights, di Subang Jaya, yang mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya pada April lalu, akan dibentangkan kepada umum Isnin ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan itu telah disiapkan semalam mengikut jadual yang ditetapkan dan berdasarkan makluman diterima daripada jawatankuasa penyiasatan, ia telah sedia untuk dibentangkan pada hari berkenaan.

“Ia (laporan) telah sedia semalam, tetapi kita tidak boleh bentang kerana semalam cuti umum, jadi lebih baik ia dibuat pada Isnin ini.

“Kita akan buat secara umum, kita akan maklumkan nanti, selepas dah bentang kepada Kabinet kemudian kita akan beri (bentang) pula secara umum … kita ikut proses,” katanya, lapor Bernama.

Amirudin berkata demikian ketika ditemui pada program majlis pelancaran Pembangunan Fasa Pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini.

Dalam kejadian yang mengejutkan pada 1 April lepas, kebakaran saluran paip gas itu telah menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius.

Ia mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar dan 21 rumah tidak terjejas.

Manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Sebelum ini, Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan hasil siasatan teknikal insiden terbabit selesai pada 26 Jun mengikut jangkaan yang ditetapkan. – 28 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related