HEADLINES

Penumpang bas ekspres, persiaran wajib pakai tali pinggang keledar mulai 1 Julai: KP JPJ

Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu

2:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bermula 1 Julai ini semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300, lapor Berita Harian.

“Jika pemandu gagal memberikan peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang keledar, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebaliknya pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman.

“Jika peringatan sudah diberikan tetapi penumpang berdegil, saman hanya diberikan kepada penumpang.

“Bagaimanapun kita akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Setia JPJ Malaysia, di Kelantan, hari ini.

Mengulas lanjut, Aedy memberitahu penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu.

JPJ juga, katanya sudah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pengendali syarikat bas bagi memaklumkan perkara berkenaan.

“Kita sudah keluarkan garis panduan kepada mereka supaya arahan yang diterima jelas dan selepas ini kita tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang dilakukan,’’ katanya. – 29 Jun, 2025.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related