HEADLINES

Polis sahkan kes tembak di Meru babit kongsi gelap

Ketua Polis Selangor berkata setakat ini polis telah menahan dua suspek warga tempatan berusia 25 dan 40 tahun selain memanggil 12 saksi awam bagi membantu siasatan

4:15 PM MYT

 

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penglibatan kongsi gelap dalam kes tembakan mengakibatkan kematian seorang individu dalam kejadian berhampiran sebuah kedai motosikal di Meru, Klang pada 20 Jun lalu.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menahan dua suspek warga tempatan berusia 25 dan 40 tahun selain memanggil 12 saksi awam bagi membantu siasatan. 

“Dua suspek ditahan pada hari berbeza di sekitar Klang baru-baru ini, merupakan anggota kumpulan kongsi gelap. Mereka bekerja sendiri dan kita percaya boleh membantu siasatan kes. 

“Kita percaya ini bukan kejadian rambang dan motif dipercayai akibat perbalahan antara kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada media di sini hari ini.

Hussein berkata polis turut menyiasat sama ada kejadian itu melibatkan pembunuh upahan atau dilakukan anggota kongsi gelap sendiri. 

Pada 20 Jun lalu, Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao mengesahkan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun ditemukan mati dalam keadaan mengiring di tempat pemandu sebuah kereta dipercayai ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai di Meru. 

Ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam bulan ini di Lembah Klang melibatkan kes tembakan.

Kes pertama berlaku pada 14 Jun lalu di Brickfields. Dalam kejadian itu, tiga lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun sedang makan bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.

Seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tembakan, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan di PPUM.

Manakala pada Selasa, dua lelaki maut selepas dipercayai ditembak sekumpulan individu di luar pekarangan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, awal pagi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah malam ketika kedua-dua mangsa dilaporkan sedang menuju ke arah kereta yang diparkir di perkarangan pusat beli-belah berkenaan. – 1 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related