HEADLINES

Najib gagal bantah Peguam Negara untuk merayu kes Titah Adendum

Panel hakim menetapkan esok untuk mendengar rayuan Peguam Negara yang mengemukakan tujuh persoalan bagi diputuskan mahkamah tertinggi negara itu

5:18 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap rayuan Peguam Negara dalam kes semakan kehakiman bekas perdana menteri itu berkait Titah Adendum.

Kewujudan dokumen tambahan (adendum) itu didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman penjaranya dalam tahanan di rumah.

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama-sama Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah secara sebulat suara menolak bantahan itu.

Panel hakim turut menetapkan esok untuk mendengar rayuan Peguam Negara yang mengemukakan tujuh persoalan bagi diputuskan mahkamah tertinggi negara itu, memetik laporan BH.

Hasnah yang membacakan keputusan panel berkata, tiga persoalan pertama yang dibangkitkan Peguam Negara iaitu berkaitan mengemukakan keterangan baharu, adalah isu undang-undang yang baharu dan memerlukan pertimbangan lanjut mahkamah itu.

Beliau berkata, persoalan keempat hingga keenam pula, adalah berkaitan peranan Peguam Negara, khususnya mengenai kegagalan untuk memfailkan afidavit jawapan pada peringkat permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman.

Katanya, responden (Najib) juga menghujahkan bahawa persoalan keempat hingga keenam adalah cubaan Peguam Negara untuk mengelak daripada tanggungjawab yang dikenakan ke atas pihak berkuasa awam atau Peguam Negara dalam prosiding semakan kehakiman.

“Kami khuatir sama ada tanggungjawab sedemikian boleh dikenakan ke atas Peguam Negara pada peringkat awal prosiding semakan kehakiman. Persoalan ketujuh pula berkaitan isu sama ada ia boleh didengar dan diputuskan mahkamah telah ditangani oleh Mahkamah Tinggi.

“Isu sama ada Titah Adendum itu adalah perkara subjek yang boleh disemak oleh mahkamah ini juga adalah berkaitan dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (kuasa untuk memberi pengampunan).

“Oleh itu, kami berpendapat bahawa semua persoalan yang dikemukakan oleh Peguam Negara bukan bersifat akademik atau hipotesis. Persoalan ini adalah relevan dengan Artikel 42.

“Maka dengan ini, kami sebulat suara menolak bantahan awal oleh responden (Najib),” katanya menurut laporan BH lagi.

Pada prosiding itu, Najib diwakili Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar bertindak bagi pihak kerajaan selaku perayu.

Pada 28 April lalu, Mahkamah Persekutuan telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk meneruskan rayuan berhubung dokumen tambahan itu. – 1 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

KLIA responds swiftly to storm-induced water overflow at terminal

Engineering and safety teams mobilised within minutes to contain rainwater intrusion and protect passenger areas, as thunderstorms continue across the Klang Valley

PTPTN to use e-Kasih data to convert loans into scholarships for students from low-income households

Starting next year, PTPTN will refer to the database to transform loans for students from poor families into scholarships, lightening financial burdens and enhancing academic focus

Much to learn from Perodua PR blunder – Ravindran Raman Kutty

Perodua’s swift correction wasn’t enough to prevent questions on inclusivity, underscoring why brands must treat religious sensitivity with the same rigour as product safety

Related