HEADLINES

RUU Pekerja Gig bakal dibentang di Parlimen Ogos atau September, manfaat 1.12 juta rakyat

RUU yang diusahakan kerajaan itu, merupakan akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Ogos atau September ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, terdapat beberapa negara yang hanya meminda akta-akta sedia dan memasukkan ekonomi gig dalam akta itu tetapi di Malaysia akan ada akta baharu yang diwujudkan.

Jelas Zahid, ia merupakan langkah penting dalam memperkenalkan kerangka perlindungan sosial kepada lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor berkenaan.

“RUU yang diusahakan kerajaan itu, merupakan akta pertama menjurus ke arah menjaga industri ekonomi gig di Malaysia serta yang pertama di dunia,’’ katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai Ekonomi Perkongsian dan Industri Gig, di Bangi, hari ini.

Pada Mei lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan segala isu dan kebajikan berkaitan pekerja gig akan ditangani segera menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Perdana Menteri berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Rakyat akan datang.

“Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki khususnya melibatkan aspek perlindungan kumpulan pekerja berkenaan,” katanya. – 1 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related