◉ HEADLINES

Hadi kembali mengajar, syukur sihat sepenuhnya

Abdul Hadi dilapor selamat menjalani prosedur rawatan di IJN pada 17 Jun lalu

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dinasihatkan untuk berehat selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu kembali menyampaikan kuliah.

Perkara itu dikongsi Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Mohd Syahir juga sempat berkongsi petikan ucapan ringkas Abdul Hadi ketika membuka sesi kuliah tersebut.

“TG (tuan guru) mulakan kuliah hari ini dengan ungkapan ringkas, ‘terlebih dahulu alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT kerana sihat. Terima kasih kepada yang solat hajat, yang Tuhan makbulkan. Kita boleh teruskan pengajian kita’.

“Mengajar, sumber kekuatan, sumber keberkatan. Kita pun dapat tumpang berteduh. Alhamdulillah,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau turut berkongsi rakaman suasana ruang solat yang dipenuhi kariah ketika Abdul Hadi menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi dilapor selamat menjalani prosedur rawatan di IJN pada 17 Jun lalu.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di IJN, dengan kali terakhir dilaporkan menjalani rawatan pada 5 Januari tahun lepas. – 4 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related