HEADLINES

Jalan utama di Lembah Klang akan dilencongkan berperingkat sempena mesyuarat Asean dari 8 – 11 Julai

Raptai pergerakan motoked melibatkan laluan dari lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan KLCC bermula hari ini hingga Ahad

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri daripada laluan masuk dan keluar ke ibu negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hotel-hotel penginapan delegasi.

Beliau berkata raptai pergerakan motoked melibatkan laluan dari lapangan terbang hingga ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur dan KLCC bermula hari ini hingga Ahad melibatkan 391 petugas JSPT.

“Pengguna jalan raya disarankan merancang perjalanan lebih awal dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam sebagai tanda sokongan penganjuran acara ini.

“Kenderaan perdagangan dan kenderaan berat disarankan tidak memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur sepanjang tempoh lencongan terutamanya semasa waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko kerosakan kenderaan dan kemalangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Senarai laluan yang ditutup adalah seperti berikut:

Tarikh: 7 Julai 2025 (7 pagi sehingga selesai ketibaan secara berperingkat)

– Lebuh KLIA

– Lebuhraya Elite (KLIA – Putrajaya)

– Lebuhraya MEX

– Lebuhraya KL – Seremban (Sg Besi – Pusat Bandar)

– Lingkaran Putrajaya

– Jalan Istana

– Jalan Damansara

– Jalan Tun Abdul Razak

– Jalan Ampang

– Jalan Sultan Ismail

– Jalan Bukit Bintang

– Jalan Imbi

Tarikh: 8 Julai 2025 (10 pagi hingga selesai ketibaan)

– Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramle

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

Tarikh: 9 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan dan 4 petang hingga selesai ketibaan)

– Persimpangan Jalan Ampang/Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

Tarikh: 10 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan, 5 petang hingga selesai ketibaan, 7 petang hingga selesai ketibaan dan 10 malam hingga selesai ketibaan)

– Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

Tarikh: 11 Julai 2025 (7 pagi hingga selesai ketibaan)

– Persimpangan Jalan Ampang/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Sultan Ismail/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan P. Ramlee

– Persimpangan Jalan Perak/ Jalan Pinang

– Persimpangan Jalan Stonor/ Jalan Kia Peng

– Persimpangan Jalan Stonor/ Persiaran KLCC

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related