◉ HEADLINES

Kucing, anjing, burung ditemui mati di Bukit Bendera, dipercayai diracun

Tindakan kejam ini adalah tidak berperikemanusiaan selain mencetuskan risiko serius kepada ekosistem dan keselamatan awam di Bukit Bendera

6:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengesan beberapa kes meracun haiwan dengan sengaja di Bukit Bendera, Pulau Pinang, dengan antara mangsa ialah anjing, kucing dan burung.

Dalam kenyataannya, PBBPP berkata, binatang tersebut ditemui mati dipercayai termakan makanan beracun di atas bukit berkenaan.

Tindakan kejam ini, katanya, adalah tidak berperikemanusiaan selain mencetuskan risiko serius kepada ekosistem, keselamatan awam dan imej Bukit Bendera.

“Menggunakan racun untuk menghapuskan haiwan terbiar tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan penjara sehingga 3 tahun dan/atau dengan denda,’’ katanya.

Berikutan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, PBBPP turut memuatnaik beberapa gambar menunjukkan anjing dan burung yang mati dipercayai akibat diracun. – 6 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related