HEADLINES

Pertemuan tertutup PM dengan Ahli Parlimen BN hanya bincang isu semasa, dasar kerajaan: Zambry

Sebelum ini timbul spekulasi pertemuan tertutup itu dipercayai menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Pertemuan tertutup Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) malam tadi hanya membincangkan isu semasa dan dasar kerajaan, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,.

Menurutnya, ia merupakan pertemuan rutin biasa dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi mengenai pertemuan tertutup itu yang dikatakan membincangkan mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) – BN dalam pilihan raya negeri Sabah.

Zambry bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perbincangan malam tadi.

“Ia sering diadakan dengan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dan diadakan secara berkala.

“Tiada isu khusus dibincangkan sebaliknya berkaitan dengan dasar dan isu semasa,’’ katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakian Umno Jeli, Kelantan, hari ini.

Malam tadi media melaporkan pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana pada kira-kira jam 8 malam.

Susulan pertemuan itu Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan pada Isnin depan, jam 4.30 petang.

Perjumpaan tersebut dihidu pengamal media yang mula ‘berkampung’ sejak jam 7 malam tadi bagi mengikuti perkembangan mengenai mesyuarat itu.

Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam itu berakhir pada kira-kira jam 9.20 malam.

Bagaimanapun, cubaan pengamal media untuk mendapatkan reaksi atau maklum balas daripada Ahli Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu tidak berhasil. – 12 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related