HEADLINES

Motivasi keluarga songsang eHATI: Polis Selangor buka kertas inkuiri

Polis akan memanggil beberapa saksi bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan

5:59 PM MYT

 

SHAH ALAM – Polis mengesahkan telah membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan jenayah berhubung program motivasi rumah tangga songsang dan tidak bermoral anjuran eHATI.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata beberapa saksi akan dipanggil bagi mendapatkan pengesahan, termasuk melibatkan penggunaan air yang didakwa boleh mengkhayalkan dalam masa terdekat.

“Setakat ini maklumat hanya diperoleh daripada pihak ketiga dan polis akan memanggil mana-mana individu yang terlibat bagi membuktikan sama ada wujudnya kesalahan jenayah atau sebaliknya.

“Susulan itu, polis akan membuka kertas siasatan bagi mendapatkan keterangan secara terus dan pengesahan mengenai penggunaan air tertentu atau kesalahan lain di bawah Kanun Keseksaan,” katanya memetik laporan Bernama.

Hussein berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut bidang kuasa masing-masing bagi mendapatkan fakta penting berkaitan dakwaan terhadap eHATI.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiasat dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di sini.

Amirudin dilaporkan berkata semalam perkara itu perlu diambil berat dan tindakan tegas perlu diambil, jika dakwaan tersebut didapati benar setelah penyiasatan secara menyeluruh dilakukan.

Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu berkaitan doktrin palsu, kerana disyaki berlaku upacara atau perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook tampil mendedahkan secara terperinci situasi sebenar yang berlaku sepanjang penganjuran sebuah program motivasi berkaitan rumah tangga di Shah Alam, September lalu.

Menurutnya, insiden kontroversi tercetus pada malam terakhir program iaitu pada 30 September, ketika berlangsungnya sesi tertutup khas yang dihadiri kira-kira 50 peserta wanita.

Dalam pendedahan sama, lelaki itu turut memaklumkan, bukan hanya ibunya malah ramai individu yang pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi program berkenaan juga telah mengambil keputusan untuk berundur kerana beranggapan pendekatan yang digunakan semakin melampau.

Seorang pengguna Facebook turut mendedahkan mengenai Piya, sejenis air campuran Cendawan Ajaib dari Bali yang disediakan penganjur.

Menurutnya air cokelat yang rasanya manis pedas dan memeritkan tekak itu dikatakan mampu membangkitkan rasa cinta, energi dan berahi suami isteri.

“Tiada sebarang details ramuannya pada produk, hanya homemade khas dibuat oleh Diyana Tahir (Penganjur) dengan menggunakan bahan khas dari Bali.

“Ia membangkit perasaan euforia, rasa cinta, berahi, halusinasi visual, rasa damai, gembira, dan ada kala akan ketawa tanpa sebab. Kesan ini akan bertahan selama 5 ke 6 jam,” katanya dalam perkongsian itu.

Menurut saksi yang pernah berprogram ke Bali bersama eHati, mereka bukan lagi minum Piya versi cokelat pekat, sebaliknya terus meminum air cendawan tersebut tanpa campuran bahan lain. – 13 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related