HEADLINES

Pengasas eHati ditahan polis selepas beri keterangan

Penahanan mereka disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasangan pengasas motivasi rumah tangga eHati International, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, ditahan polis selepas memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Menurut peguam mereka, Datuk M Reza Hassan, anak guamnya ditahan oleh polis IPD Shah Alam selepas memberikan kenyataan di IPD Petaling Jaya.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan dua individu berkenaan.

“Maklumat lanjut berhubung penahanan itu akan menyusul menyusul selepas beberapa tindakan diambil,” katanya.

Masyarakat sebelum ini dikejutkan dengan pendedahan seorang pengguna media sosial mengenai program motivasi e-Hati yang diusahakan oleh sepasang suami isteri yang dikatakan mengandungi unsur jelik dan fahaman meragukan.

Dalam hantaran di laman Facebook pengguna terbabit, beliau mendakwa dua wanita telah melakukan tarian bogel dalam program yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.

Peserta program itu juga didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungannya sehingga menyebabkan perubahan emosi dalam tempoh singkat dan peserta turut diarahkan melakukan upacara ‘mandi suci’ dan ‘kelahiran semula’ yang menyerupai ritual keagamaan lain.

Bagaimanapun, Diyana menerusi kenyataan pagi tadi memberitahu pihaknya dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat terhadapnya.

Selain menjejaskan reputasinya, Diyana memberitahu penyebaran hantaran berunsur fitnah itu turut mencemarkan nama baik keluarga mereka.

“Kami sangat terkesan secara emosi dan mengalami tekanan mental yang mendalam akibat penyebaran maklumat tidak berasas ini.

“Serangan terbuka dan tidak bertanggungjawab ini turut mencemarkan nama baik keluarga kami,” katanya dalam kenyataan di media sosial. – 15 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Malaysian fighter pilots push boundaries beyond US Navy peers, says ex-American aviator

While America uses both defensive and offensive stances, Malaysia focuses primarily on the defensive

Related