◉ HEADLINES

Terkejut diserbu SPRM, suspek bakar wang tunai hampir RM1 juta

SPRM turut menemui wang tunai berjumlah kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas

11:36 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah tender projek pembinaan pusat data, sanggup membakar wang tunai hampir RM1 juta bagi menghapuskan bukti selepas panik diserbu pihak berkuasa itu.

Menurut sumber SPRM, suspek sanggup bertindak demikian akibat panik dengan serbuan dijalankan suruhanjaya itu.

Sumber memaklumkan hasil serbuan di kediaman suspek di Petaling Jaya pada Khamis lalu, pasukan pegawai telah menemui wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan terbakar.

“Suspek dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakarnya setelah melihat kehadiran sepasukan pegawai SPRM.

“Selepas pintu rumah berjaya dibuka, pasukan SPRM yang membuat serbuan mendapati keadaan dalam rumah berkenaan dipenuhi asap tebal berpunca dari sebuah bilik mandi.

“Hasil pemeriksaan dijalankan di bilik mandi berkenaan, SPRM menemukan wang kertas RM100 berjumlah hampir RM1 juta yang sudah terbakar,” katanya, lapor Bernama.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan menyeluruh di kediaman itu SPRM turut menemukan wang tunai berjumlah kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.

Sumber memaklumkan kesemua barangan berkenaan kemudian disita SPRM bagi tujuan siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Tambah beliau, tindakan suspek cuba melupuskan bahan bukti adalah satu kesalahan serius jika sabit kesalahan boleh didakwa di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, Ahmad Khusairi berkata fokus utama siasatan kes berkenaan adalah di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009. – 18 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related