HEADLINES

Ancom Crop Care tawar biasiswa RM10,000 pusingan akhir untuk pelajar Pulau Pinang

Permohonan dibuka sehingga 14 Oktober, menyasarkan pelajar kurang berkemampuan yang mengikuti pengajian ijazah bukan perubatan di universiti tempatan

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ancom Crop Care kini membuka pusingan terakhir program biasiswanya menawarkan bantuan kewangan sehingga RM10,000 seorang.

Biasiswa ini bertujuan membantu menampung yuran pengajian pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di Pulau Pinang.

Tarikh permohonan telah dibuka mulai 18 Julai 2025 dan akan ditutup pada 14 Oktober 2025.

Ia merupakan peluang baik bagi pelajar di Pulau Pinang yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka.

Program biasiswa ini terbuka kepada mereka yang telah mendapat tawaran di mana-mana universiti tempatan awam atau swasta, kecuali dalam bidang Perubatan dan Pergigian.

Pelajar yang telah memohon dan masih menunggu surat tawaran juga layak memohon. Selain itu, pelajar yang sedang berada di tahun kedua, ketiga, atau tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda juga boleh membuat permohonan.

Program bantuan pendidikan ini dilancarkan pada Mei 2023 oleh Ancom Crop Care Sdn Bhd, anak syarikat kepada Ancom Nylex Berhad, dan diumumkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Tahun ini merupakan pusingan permohonan ketiga dan terakhir biasiswa ini.

Borang permohonan dan maklumat kelayakan penuh boleh diperolehi dengan melayari ancomcropcare.com.my dan ancomnylex.com. – 19 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related