HEADLINES

‘Bawa usul undi tak percaya di Parlimen’, Anwar cabar pengkritik

Perdana Menteri berkata jika tak cukup sokongan, pengkritik perlu tunggu pilihan raya umum

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengkritiknya untuk membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya mahu mengambil alih Putrajaya.

Tegas beliau, membina sesebuah negara mengambil masa, namun ‘meruntuhkannya amat mudah’.

“Saya tahu ada yang mahu jatuhkan kerajaan. Boleh, ikut proses.

“Bawa usul hilang kepercayaan di Parlimen. Jika tak cukup sokongan, tunggu pilihan raya. Jangan guna demonstrasi atau hasutan,” katanya ketika berucap pada sambutan Minggu Perpaduan Nasional di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai hari ini, lapor FMT.

Hadir sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Sejak beberapa minggu lalu, pembangkang merancang satu perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang bakal berlangsung pada 26 Julai bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri.

Penganjur mendakwa mereka menjangkakan kehadiran sehingga 300,000 peserta, meningkat berbanding 50,000 yang disasarkan sebelum ini.

Anwar turut menggesa agar semua pihak berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap suara kebencian, termasuk daripada segelintir tokoh agama namun beliau tidak menamakan individu terbabit.

“Ramai ulama ikhlas. Semalam saya bertemu ulama dari Indonesia, Maghribi, Syria, dan India — semuanya memberi nasihat yang baik.

“Malam ini dari Pulau Pinang, saya akan ke Masjid Putra di Putrajaya untuk menghadiri perhimpunan guru-guru agama. Saya mahu dengar pandangan mereka juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara yang aman di rantau ini.

Tegasnya, ia bukan hasil usahanya semata-mata, tetapi berkat kerjasama antara kementerian, penjawat awam dan pemimpin korporat.

“Kestabilan politik menarik pelaburan, dan pelaburan mendorong pertumbuhan ekonomi. Sebab itu ramai pemimpin dunia memilih Malaysia sebagai tempat berdialog,” katanya lagi.

Perdana Menteri turut memaklumkan menteri luar dari Amerika Syarikat, China, Rusia serta pemimpin dari negara Teluk, Brazil dan Afrika Selatan telah menyatakan hasrat menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur, Oktober ini. – 19 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related