HEADLINES

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 dianjakkan: Fahmi

Perdana Menteri berhasrat untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada rakyat dan perkara itu sedang dihalusi

3:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi subsidi RON95 yang dibayangkan akan dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini, dianjakkan sedikit garis masanya, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu pelaksanaannya mendatangkan kesan negatif kepada rakyat.

Fahmi berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri kepada semua wakil rakyat dalam pemukiman dengan Ahli Parlimen baru-baru ini.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan pandangan bahawa beliau tidak mahu pelaksanaan dasar-dasar yang akan mendatangkan kesan negatif kepada majoriti rakyat. 

“Samalah juga dengan dasar-dasar yang belum dilaksana, tetapi telah dibayangkan ataupun disebut sebelum ini mengenai RON95.

“Perdana Menteri ada menyentuh hal ini dalam permukiman dengan Ahli-Ahli Parlimen sebelum ini dan beliau (Anwar) berhasrat untuk memastikan ia tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada rakyat dan perkara itu sedang dihalusi,” katanya pada sidang media mingguan di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Pada Mei lalu, Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025.

Menurut Amir, Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat.

“MoF akan terus dalam proses untuk pelaksanaan rationalisasi subsidi, tetapi buat masa sekarang, yang pentingnya kita harus memastikan tahap mereka yang akan mendapat sokongan subsidi,’’ katanya. – 21 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related