◉ HEADLINES

MCMC siasat pengguna TikTok muat naik kandungan palsu, jelik ke atas PM

Individu terbabit turut disyaki membuat tuduhan bersifat palsu dan jelik melampau berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara

11:38 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita seunit telefon bimbit serta kad SIM seorang pengguna aplikasi TikTok, yang disyaki memuat naik dua kandungan berunsur palsu dan jelik melampau melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan itu, dipercayai dimuat naik sebagai reaksi terhadap isu berhubung pesta tidak bermoral dalam negara, serta kenyataan rasmi Anwar mengenai pemberian insentif penghargaan kepada rakyat.

“Dalam satu lagi hantaran, individu terbabit turut disyaki membuat tuduhan bersifat palsu dan jelik melampau berhubung lawatan rasmi Perdana Menteri ke luar negara,” menurut kenyataan MCMC.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa MCMC telah merakam keterangan individu terbabit di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, semalam bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

MCMC menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform media sosial untuk tujuan penyebaran kandungan jelik melampau atau tuduhan tidak berasas, serta akan terus mengambil tindakan tegas demi memelihara ketenteraman awam dan keharmonian negara. – 22 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related