◉ HEADLINES

Kehadiran ejen Mossad mungkin disebabkan pendirian tegas Malaysia mengenai Palestin: Anwar

KDN telah mengambil langkah proaktif bagi mengenalpasti tindakan dan meningkatkan keupayaan negara

12:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan kelantangan dan pendirian Malaysia dalam isu melibatkan Palestin telah menjadikan negara ini sebagai sasaran kehadiran ejen perisikan Israel Mossad.

Menurut Perdana Menteri, selain itu negara juga menjadi medan penyeludupan senjata dan dadah.

Bagaimanapun, kata beliau Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil langkah proaktif bagi mengenalpasti tindakan dan meningkatkan keupayaan negara.

“Ini adalah berdasarkan taklimat terbaru yang diberikan oleh badan perisikan Malaysia.

“Memang mereka ambil berat betul soal ini dan terbukti kehadiran mereka guna pasangan suami isteri Melayu sebagai sama ada ejen ataupun bekerjasama dengan Mossad,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN- Machang) yang ingin mengetahui mengenai langkah Malaysia dalam membendung kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad.

Wan Ahmad Fayhsal turut membangkitkan isu mengenai isu kerosakan sistem kerosakan sistem pintu automatik (autogate) yang dibimbangi mengancam keselamatan negara.

Menurut Perdana Menteri, masalah sistem autogate itu terkait dengan badan antarabangsa termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) untuk ditingkatkan keupayaannya.

“Setakat ini ia sudahpun dapat diselesaikan,” katanya. – 22 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related