HEADLINES

Serbuan perjumpaan gay di Kelantan berasaskan risikan: Polis

Jemputan ke program yang dinamakan “Majlis Malam Mesra Komuniti & Santai-Santai” itu, dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada kumpulan tertentu, tanpa sebarang penglibatan daripada badan rasmi seperti NGO atau Kementerian Kesihatan

10:05 AM MYT

 

KOTA BHARU – Polis menegaskan tindakan menyerbu sebuah perjumpaan tertutup kumpulan gay di sebuah inap desa di Kemumin, di sini, baru-baru ini adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sahih, tanpa sebarang niat diskriminasi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan itu, dilakukan bagi menjaga ketenteraman awam dan memelihara nilai moral masyarakat.

Beliau berkata hasil risikan mendapati jemputan ke program yang dinamakan “Majlis Malam Mesra Komuniti & Santai-Santai” itu, dihantar melalui aplikasi WhatsApp kepada kumpulan tertentu, tanpa sebarang penglibatan daripada badan rasmi seperti NGO atau Kementerian Kesihatan.

“Pada hari kejadian, pasukan Task Force PDRM Kelantan memulakan pemantauan sejak 5 petang dan mendapati kira-kira 100 orang hadir untuk makan dan bersembang santai. Serbuan dilakukan sekitar jam 1 pagi bagi memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mohd Yusof berkata sebanyak 20 lelaki yang berada di premis tersebut mengaku sebagai komuniti gay, termasuk seorang dari Perak dan seorang pelajar institusi pengajian tinggi dari Besut, Terengganu, manakala selebihnya berasal dari Kelantan.

Mohd Yusoff berkata hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit mereka mendapati, tiga daripada mereka memiliki video lucah melibatkan hubungan sejenis.

“Ketiga-tiga lelaki ini telah didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 20 Julai, dengan denda antara RM3,000 hingga RM4,000,” katanya.

Beliau berkata serbuan tersebut turut menemui ratusan kondom serta beberapa kotak ubat HIV di dalam premis berkenaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keharmonian negeri ini,” katanya.

Semalam, kerajaan Kelantan mengingatkan semua pihak supaya memaklumkan lebih awal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan, sebelum menganjurkan sebarang program bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dilapor berkata sebarang bentuk penganjuran, termasuk program kesihatan, perlu dilaksanakan secara tertib serta mematuhi prosedur dan peraturan sedia ada. – 23 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related