HEADLINES

Edisi Siasat, Edisi Khas dikenakan tindakan akibat langgar Akta 588: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata kerajaan kekal komited bagi memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan undang-undang sivil diambil terhadap platform media sosial Telegram serta pentadbir saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas adalah berikutan paparan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), demikian menurut Kementerian Komunikasi.

Menurut menterinya, Datuk Fahmi Fadzil buat masa ini, satu perintah sementara dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan kandungan diturunkan seperti dinyatakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan diikuti penutupan saluran itu.

“Pada masa ini, tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Telegram serta pentadbir saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas masih dalam pertimbangan mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Ia bagi menjawab pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai jaminan kerajaan bahawa tindakan terhadap saluran Telegram seperti Edisi Siasat dan Edisi Khas tidak akan menjejaskan kebebasan bersuara terutamanya apabila kandungan yang disebarkan berkaitan dengan isu ketelusan dan antirasuah.

Fahmi berkata rakyat secara umumnya bebas memaparkan kandungan di mana-mana saluran platform media sosial termasuk berhubung isu ketelusan dan antirasuah.

“(Ia) selagi mana kandungan tersebut serta pemaparannya tidak melanggar peruntukan undang-undang.

“Begitu juga dengan platform media sosial, di mana kandungan boleh dipaparkan di platform yang disediakan, tetapi platform tersebut perlu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kandungan yang dipaparkan tidak melanggar peruntukan undang-undang,” katanya, lapor BH.

Kata Fahmi, kerajaan kekal komited bagi memastikan ruang digital negara kekal selamat, beretika dan selari dengan undang-undang.

Pada Jun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil langkah tegas dengan memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu “Edisi Siasat” dan “Edisi Khas”.

“Ia susulan kegagalan serius Telegram untuk menangani kandungan yang telah berulang kali dilaporkan kepada pihak mereka, walaupun pelbagai usaha rundingan dan kerjasama telah dilakukan oleh MCMC,” menurut kenyataan itu. – 24 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related