HEADLINES

Cadangan khidmat PM dua penggal sahaja sedang diteliti BHEUU JPM

Azalina berkata satu kajian telah dijalankan dan dapatan awal kajian itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri melalui satu Nota Jemaah Menteri bertarikh 19 Mac lalu

9:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal Parlimen atau maksimum 10 tahun, masih dalam tindakan dan penelitian pihak Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata kerajaan hari ini sentiasa terbuka dan komited dalam meneliti sebarang cadangan yang membabitkan penambahbaikan terhadap sistem pentadbiran dan tadbir urus negara.

Jelasnya, satu kajian telah dijalankan dan dapatan awal kajian itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri melalui satu Nota Jemaah Menteri bertarikh 19 Mac lalu.

“Jemaah Menteri sudah mengambil maklum cadangan ini membabitkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan menyentuh kuasa budi bicara Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Oleh itu, ia memerlukan penelitian secara menyeluruh dan holistik, termasuk mendapatkan pandangan dan persetujuan pelbagai pihak berkepentingan seperti kerajaan-kerajaan negeri serta pihak-pihak politik di peringkat Persekutuan dan negeri,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH – Pasir Gudang) mengenai pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan undang-undang tempoh khidmat seseorang Perdana Menteri hanya dua penggal Parlimen sahaja.

Tambah Azalina lagi, Jemaah Menteri juga memutuskan supaya diadakan perbincangan bersama parti-parti politik, termasuk dari Sabah dan Sarawak, bagi mencapai kesepakatan awal berhubung cadangan ini. – 25 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related