HEADLINES

Kes pecah masuk rumah cucu Tun M: Polis rekod keterangan pengawal keselamatan, pembantu rumah

Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dalam kes pecah masuk kediaman cucu Dr Mahathir melibatkan kerugian RM1.8 juta

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah merekod keterangan tiga individu terdiri daripada pengawal keselamatan dan pembantu rumah warga tempatan serta asing bagi siasatan kes pecah masuk kediaman cucu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

“Tiada tangkapan dilakukan namun siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan,” katanya, lapor Bernama.

Media sebelum ini melaporkan sebuah kediaman milik cucu kepada bekas Perdana Menteri itu dipecah masuk mengakibatkan mangsa kehilangan barang kemas bernilai RM1.8 juta yang disimpan di dalam bilik di rumah berkenaan.

Kerugian itu lebih berbentuk kepada barang kemas lama, dipercayai milik peribadi dan lain-lain barangan.

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada 3 petang, Rabu lepas setelah mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan bilik majikannya dipercayai dimasuki pencuri. – 27 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related